Thursday, 22 March 2012

Mengenai "buah hatiku", PSP

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>
بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada "reader2" ku ... :) saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini. ini adalah kali pertama saya berblog. Untuk blog saya yang pertama ini, saya akan menceritakan tentang PSP dengan lebih lanjut. Insha-Allah, saya akan berkongsi sebanyak yang boleh ilmu mengenai psp ini. Saidina Ali karramallahhuwajhah pernah berkata, “bekerjalah bersungguh-sungguh untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok harinya". Semoga dengan menyampaikan serba sedikit ilmu ini, dapat menambahkan pengetahuan kawan2 semua... :) 
SELAMAT MEMBACA!! =)




Bila sebut PSP, semua teruja.. kan?? kan?? kan?? tapi berapa ramai dikalangan kita yang taw sejarah PSP nie??? tentunya tak ramai. PSP atau nama panjangnya "play station portable". PSP nie merupakan satu konsul permainan genggam yang diproduksi  dan dipasarkan oleh Sony Computer Entertaiment. Pengembangannya diumumkan pada tahun 2003 lalu diperkenalkan pada tahun 2004, 11 Mei. Sistemnya dirilis di Jepang, Amerika Utara, dan di wilayah PAL. PSP mengandungi pelbagai jenis dan keluaran mengikut peredaran masa. PSP yang pertama ialah video game konsol genggam untuk menggunakan format disk optik sebagai media penyimpanan yang utama. Perbezaan psp dengn konsul game yang lain ialah tiada tapilan wayar yang besar dan panjang, body design yang unik, serta mempunyai kemampuan multi-media yang hebat. Play Station Portable (psp) memudahkan kita untuk membawanya ke mana-mana sahaja kerana saiz PSP lebih kecil dari PS. Nak taw ciri-ciri yang ada dalam PSP? mari kita selidik.......


CIRI-CIRINYA:


UKURAN BAGI PSP

  • panjangnya :  170mm
  • tingginya : 74 mm
  • lebarnya : 23mm



LCD LFT layar lebar:

  • 4,3 inci ( bagi psp jenis 1000, 2000, 3000)
  • 3,8 inci
  • 480 x 272 piksel
  • warna 24-bit (16,77 juta warna)
  • memiliki 4 tingkat kecerahan (200, 180, 130, 80)

KEMAMPUANNYA DALAM KOMUNIKASI:
  • LAN nirkabel 802.11b
  • boleh bluetooth
  • mini-USB 2.0
  • S-video (2000, 3000, N1000)
  • mempunyai Flash NAND


AUDIO:
  • mikrofon yang berintergrasi
  • didukung oleh Virtual Mobile Engine
  • suara 3D
  • memiliki MP3


UNIVERSAL MEDIA DISC:
  • cakera mestila berdiameter 60mm
  • tahan lasak
  • ID cakera yang unik
  • distribiusi pembaharuan sistem operasi

DAYA ( elemen penting) :

  • bateri Li-lon 3,7 V
  • 1.200 mAh bagi  psp jenis 2000, 3000
  • 1.800 mAh bagi psp 1000
  • 2.200 mAh sebagai bateri penguat

selepas kita mengetahui tentang keunikan dan ciri-ciri psp ini, mari pula kita menyelongkar rahsia isi dalaman psp.. apa yang ada yer di dalam nya hingga ia boleh menjadi satu alat permainan yang hebat??

 ini adalah proses utama psp media engine dan flash nand untuk sistem operasi (TA-079)

ini pula modul Wi-Fi dengan port serial dan jack headphone (TA-079)

 mengenai cip prosessor:
  • prosessor Sony CDX1876
  • proses produksi 90nm
  • MIPS R4000  dengan memuatkan 32 bit
  • mempunyai suara Virtual Mobile Engine terintegrasi
  • kelajuannya di antara 166 MHz
  • jalur data 24-bit
  • memori utamanya ialah 32 MB 333 MHz bagi psp jenis 2000,3000,dan N1000 mengguanakan 64MB)
CIP TERINTERGRASI:

  • ID Storage Keys: menyimpan data ke tingkat kecerahan layar, kekerasan suara, wilayah, tanggal dan waktu.
  • Tachyon: informasi versi prosessor, Media Engine dan maklumat grafik
  • baryon: informasi versi cip pengendali sisitem PSP
  • Pommel: GPIO dan watchdog PSP
  • Kirk: pemproses enkripsi utama pada PSP
  • Spork: pemproses enkripsi sampingan, digunakan untuk mendekripsi data UMD yang ditandatangani secara digital


amacam???? pening x baca mengenai maklumat yang terdapat di dalam psp nie?? hm,.. itulah kelebihan manusia yang telah  dianugerahkan akal.. pelbagai maklumat telah kita dapat mengenai cip prosesor ini..... 



JENIS-JENIS PSP DAN FUNGSINYA

                                                  PSP PHONE
                                          
                                                               
     PSP phone nie boleh digunakan sebagai alat berkomunikasi dan bermain game.. 

                                                    PSP2

 Saiz PSP 2 lebih besar sedikit berbanding PSP yang lain kerana ia memiliki slide yang boleh 
dilihat dengan lebih jelas.


                                               PSP SPEAKER
PSP SPEAKER memberi kemudahan kepada kita untuk mendengar lagu atau sebarang muzik dengan lebih lancar dan terang.


                                                   

                                       PSP SLIM
Ia lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana

                                        PSP3000
       Music:


=) MP4(MPEG-4 AAC)
=) WAVE(Linear PCM)
=) WMA(Windows Media Audio 9 Standard)

psp juga terdapat dalam pelbagai warna, iaitu:
                                                      
                                            PSP GO
PSP Go (alias PSP Sliding), dirilis tahun 2009, dengan mekanisme sliding
PSP GO dirilis pada tahun 2009 dengan mekanisme sliding

                                              PSP VITA

Apakah kelebihan PSP Vita ini?
Model baru ini mempunyai sokongan aplikasi sosial bernama Near dimana ia mempunyai 3G dan Wifi. 
Dengan screen OLED bersaiz 5 inci, Sony meletakkan harga PS Vita USD $249 tanpa 3G dan USD $299 dengan sokongan 3G.
Sony Entertainment adalah salah satu syarikat yang memperkenalkan produk baru. Antaranya adalah Playstation Vita.







ALHAMDULILLAH.........

Bagaimana dengan info yang telah saya berikan tadi??? adakah ia membantu anda semua dalam mengenali psp dengan lebih dekat??? saya harap anda semua "enjoy" membaca blog saya nie... =.=


saya ingin mengeluarkan sedikit hadis daripada Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan at- Tirmidzi katanya, " Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat." Anggap sahaja ini sebagai satu perkongsian ilmu yang baru ye.....  =)



ingat!!! psp, psp jugak...... tapi pandai-pandailah bahagikan mase ye... jangan sampai study pun terganggu dek kerna psp nie.... seperti kata-kata punjangga, "jangan jadikan diri kita sebagai hamba terhadap sesuatu benda"... x berbaloi pun.... cayerr la~   



saya rasa setakat ini saja untuk blog saya kali ini  yang bertajuk "BUAH HATIKU PSP"..
kalau ade keizinan masa, kita jumpa lagi di lain bab yer kawan2..., =)

wassalama wailal liqa'..

No comments:

Post a Comment